Oct 14
Alhamudilah, buku siri Usahawan Cilik mendapat Sambutan di luar jangkaan. Buku itu disasarkan kepada adik-adik yang berumur antara 10 hingga 15 tahun. Pembaca termuda adalah berumur 6 tahun yang telah membaca buku itu sebanyak 5 kali dalam masa di antara waktu Zuhur dan Asar. Adik ini adalah seorang pelajar tahfiz di Masjid TTDI Jaya. Seorang lagi pelajar yang berusia 10-11 tahun telah membaca buku itu sebanyak 2-3 kali. Apabila ditanya apakah yang menyebabkan mereka membaca buku itu berulang kali? Jawapan yang diberikan adalah ceritanya sungguh sedap.
Abang Sham juga mendapat response dari seorang pembaca yang bertaraf bapa yang meninggalkan komen di www.shamsuddinkadir.com, mengatakan buku itu turut memberi inspirasi kepadanya. Beliau juga pernah menjadi seorang Usahawan Cilik sewaktu belajar dahulu.
Seorang lagi pembaca ‘dewasa’ iaitu Puan Endon (Seorang Ibu) yang membacanya kali kedua, kerana ceritanya sungguh sedap dan lucu, itu yang membuatkan dia ingin membacanya sekali lagi.
Insyaa-Allah buku-buku yang seterusnya akan dicetak mengunakan font yang lebih besar dan dijarakkan kerana kini bukan sahaja adik yang sudah berumur 10 tahun membaca buku ini, kanak-kanak yang belum bersekolah juga sukakannya.
Abang Sham dan Kak Ain ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak.
Buku Garaj Aiman akan berada di pasaran pada penghujung Oktober nanti, jangan lupa beli tau, harganya RM13.50 sahaja.
Sep 07
Setiap kali tibanya bulan Ramadan, ada di antara kawan-kawan kita dan mungkin kita sendiri juga turut memeriahkan dengan bermain bunga api.
Rasanya tahun ini sudah berapa kali kita bermain bunga api? Dan berapa duit yang kita sudah habiskan membeli bunga api itu? Kita merasa seronok melihat bunga api yang keluar dan yang berwarna warni itu. Tetapi berapa lama sangat bunga api dapat membuatkan kita merasa seronok ?
- Satu Minit
- 5 Minit
- Setengah Jam
- Satu Jam
- Sehari
- Sebulan
- Ataupun Setahun?
Seronoknya kita itu berakhir dengan bunga api yang terakhir yang kita dapat bermain. Selepas itu kita mungkin memikirkan yang kita sudah menghabiskan beberapa ringgit sehingga beratus ringgit duit sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya.
Bagaimana jika tahun ini kita menukar keseronokan yang sementara itu kepada keseronokan yang berpanjangan? Yang kita dapat rasai nikmatnya sepanjang masa dan ianya juga menambahkan lagi duit kita.
- Jika bermain bunga api, semakin kita belanja duit raya semakin seronok menikmati percikan bunga api. Tetapi seronok kita itu berakhir bila bunga api habis.
- Jika kita bermain dengan angan-angan, semakin banyak duit kita dapat, semakin seronok kita menikmati keseronokan, dan keseronokan itu terus ‘menjadi-jadi’. Kita tidak perlupun bakar duit bagi menikmati keseronokan.
Gambar di bawah adalah wajah sebuah buku yang memberi anda angan-angan yang membuatkan anda bertambah seronok dan yang pasti kedatangan raya tahun hadapan membuatkan anda ada banyak lagi angan-angan yang menyeronokan. 
Gunakan duit raya yang anda dapat bagi membeli buku ini sama ada di kedai buku berhampiran ataupun boleh menempahnya di halaman ini. Harganya cuma RM 11.50.
Bagi saudara yang ingin membelinya di usahawancilik.com, setiap buku itu akan di autograf oleh penulis buku ini.
Mulakan angan-angan yang menyeronokkan bermula dengan membaca buku Biskut Ajaib.
Setiap kanak-kanak dan remaja yang memiliki buku ini, berpeluang menjadi ahli kelab Usahawan Cilik yang akan dilancarkan nanti.
Aug 30
Beberapa jam lagi kita akan menyambut ulang tahun yang ke 51 tahun negara dan rakyat kita bebas daripada penjajahan fizikal yang telah dialami dan ditanggung oleh datuk nenek kita dahulu.
Insyaa-Allah buku Biskut Ajaib itu akan membantu adik-adik dalam mencapai apa erti kemerdekaan yang kita masih tercari-cari selama ini.
Aug 11
Mulai hari ini kanak-kanak dan pelajar sekolah didedahkan dengan panduan dan langkah bagi memulakan bisnes sendiri. Ya dengan mengaplikasikan informasi yang ada di halaman Usahawan Cilik .Com ini ianya dapat membantu anda bagi memulakan langkah bagi memiliki satu ataupun beberapa bisnes yang berjaya.
Halaman ini juga bagi membantu saudara/i dari dibelengu dengan pemikiran zaman industri di mana, mendapat pekerjaan adalah cara terbaik bagi meneruskan hidup apabila dewasa kelak. Di zaman informasi t, saudara/i tidak perlu lagi bergantung kepada sumber pekerjaan, bagi mendapat duit.
Insyaa-Allah halaman ini akan memulakan operasi dengan rasminya dalam masa seminggu, kini Tuan Sabri (EcommerceMastery.com) sedang menyiapkan segala keperluan bagi memastikan saudara/i dapat mendapat manfaat sepenuhnya daripada halaman ini.
www.UsahawanCilik.com
Aug 10
Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!